UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK >>> BIASISWA KPT
SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM
- Bantuan kewangan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar kurang upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa di Politeknik atau Kolej Komuniti sahaja
- Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan
- Pelajar yang menerima bantuan kewangan ini tidak layak menerima biasiswa atau pinjaman pelajaran lain di bawah Kementerian Pengajian Tinggi;
SYARAT-SYARAT KHAS
Syarat-syarat kelayakan bantuan kewangan ini adalah seperti berikut:-
- Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad pendaftaran OKU;
- Kursus yang diikuti hendaklah kursus sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima bantuan kewangan ini.
SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS
- Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu di politeknik dan kolej komuniti terpilih sahaja.
- Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat sijil dan diploma sahaja..
- Pelajar PPK yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.
TEMPOH PEMBIAYAAN
- Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut:-
- Sijil - 2 tahun
- Diploma - 1 1/2 tahun
- Kadar bayaran bantuan kewangan pelajar PPK adalah sebanyak RM3,660.00/sem (semester 1 sahaja)dan RM3,360.00/sem (semester 2 dan seterusnya). Kadar ini telah mengambil kira kos yuran pengajian, yuran penginapan dan bantuan kos sara hidup;
- Bayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar. Untuk tujuan pembayaran, akaun pelajar hendaklah menggunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sahaja.