Thursday, 9 February 2012

MATLAMAT PROGRAM


Lulusan Program Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan mereka mempunyai kendiri yang kreatif, inovatif, dan mempunyai jati diri dalam menghadapi arus globalisasi. Mereka boleh bekerja secara berpasukan dalam meningkatkan produktiviti organisasi serta boleh berkomunikasi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dan persaingan di dalam industri dan persekitaran.

Selain itu, lulusan program ini juga boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menyesuaikan diri dengan masyarakat dan perubahan teknologi baru

PENGENALAN PROGRAM


Program Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal ini bertujuan menyediakan program latihan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal untuk pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) selaras dengan Perakuan 169 di dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet.

Program ini dilaksanakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula pada sesi Jun 2000. Ia memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi mengisi pasaran kerja yang ada di industri.

Scratcherz Infowww.alienrobots.info